Sejarah Layar jong

Asal nama sistem layar jong tidak direkodkan secara langsung, tetapi ia secara umum dikaitkan dengan nama kapal jong tradisional Cina, di mana sistem layarnya digunakan ketika pertama kali ditemui oleh orang Eropah.[3] Walau bagaimanapun, Paul Johnstone dan George Hourani, menyifatkan penemuan jenis layar ini oleh orang Austronesia (lebih tepatnya, orang Melayu) dari kepulauan Nusantara. Mereka pada mulanya terbuat dari tikar tenun yang diperkuat dengan buluh, sejak sekurang-kurangnya beberapa ratus tahun SM. Mereka diterima pakai oleh Cina selepas Cina membuat hubungan dengan kapal dagang Austronesia (perahu K'un-lun) semasa dinasti Han (206 SM hingga 220 AD),[4][5][6] walaupun begitu kapal-kapal Cina era ini adalah kapal sungai (riverine boat), mereka tidak membuat kapal trans-lautan sehingga abad ke-10 oleh Dinasti Song.[7][8] Satu kajian oleh UNESCO berhujah bahawa orang-orang Cina menggunakan layar persegi semasa dinasti Han, hanya pada abad ke-12 orang Cina mula memakai layar jong.[7]